Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, October 12, 2011

Udang Berempah..kacau goreng jer!

Bila tiba2 anak2 kelaparan..keluarkan udang dari freezer. Nasibbaik nasi dah siap2 ada dalam rice cooker sebab siangnya masak lebih..
Selepas balik dari pasar aritu aku dah siap potong muncungnya,bahagikan kepada beberapa bahagian dan simpan dalam bekas plastik berasingan..jadi bila nak masak,senang..keluarkan satu plastik n masak..tak perlu nak bahagi2kan dah..nanti keluar masuk esbok tu udang jadi tak segar..yang lain2 pun seperti sotong,ayam..daging pun gitu gak.

Dah rendam udang tu kejap..ia dah lembut. Semasa nak letak dalam freezer tu pastikan dah ditoskan airnya lepas mencuci..so ia tak laa beku banyak2 sekali ngan air..nanti lambat nyahbeku.nak memasak pun jadi bertangguh kan..
Bila udang dah lembut,campurkan dengan garam secukup rasa,serbuk kunyit,sedikit serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. lepas tu campak aje asam keping sekali..tapi aku guna asam hitam tu yang kitorang panggil asam kandis..bukan kandos ye..yang itu coklat.

lepas tu panaskan sedikit minyak dan cessss..masukkan udang...amik sudip dan kacau goreng jer udang tu sampai masak..udang ni tak ambil masa lama nak masak..kurang dari 5 minit dah siap!
Kalau makan kat restoran diorang caj berganda2 untuk masakan ringkas gini.. :)
Ini adalah resepi paling ringkas tapi sedapp!
orang tak pernah masak pun boleh cuba sendiri..

Yana..penggemar masakan udang kat umah ni..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

rahel said... [Reply to comment]

Sedap udang masak berempah ni..makan ngan nasi panas2...ummm..

Sheery Dream Cakes said... [Reply to comment]

Assalamualaikum sue..
wah ada udang ler... sedapnya tu... tgk si comel yana tu lg ler geram d buatnya.... heheheee.. siap tunjuk udang lg yer... comel...

kathy said... [Reply to comment]

mun x salah kmk asam kandis ya sama dengan asam kendong nak? sukati jak..hehe

K.Nor said... [Reply to comment]

yana comel.. meh kongsi dgn acik nor sket udang tu ya.. hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@rahel
sedap..walaupun simple jer..hehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedapnya udang kacau goreng ni, akk pun sama mcm sue, asing2kan utk sekali msk je semua ikan udang dgg atau ikn heheh, senang kan, mcm kita ni seminggu sekali je ke pasar.

Lama akk tak tgk buah kandis ataupun asam kandis, masa dok kampung lama dulu sebelum pindah kg la ni, ada gak pkk kandis kat tepi sungai...alahai rindu jaman kanak2 lak hehe

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum Sue..
Anak dara sorang ni, mmg pandai bergambar kan Sue.. Ni kan yg pakai handbag, gmbar kat fb tu.. Tomei dia.. Ni ker menantu dak Sha... Tak leh nak cop dah la ni..hahaha..
Udang! Udang!.. nak sepinggan..

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Salam..simple simple simple simple..boleh gak cuba ni kala kemalasan melanda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...